BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Sabtu, 5 Disember 2020

#mataisrarkhalid : India, 2017


Untuk menamakan album ini India sebenarnya tidak memadai untuk memaparkan segala keindahan yang terdapat di bumi ini. Antara tamadun tertua di dunia yang menyimpan pelbagai khazanah di setiap inci sudutnya.

Kembara saya ke India pada Mac 2017 merangkumi wilayah utara iaitu Delhi dan Agra di negeri Uttar Pradesh serta Jaipur, Udaipur dan Jaisalmer di Rajasthan. Dua minggu perjalanan tetapi rasa tak cukup kerana banyak tempat yang tertinggal dan tidak sempat dikunjungi. Mungkin jikalau tinggal di India seumur hidup pun takkan sempat meneroka semuanya.

India adalah sebuah negara yang dianggap sebagai benua kecil. Penduduknya lebih 1.35 bilion yang menjalankan apa sahaja kerja untuk hidup, dari perniagaan mega hinggalah menggilap kasut. Segalanya ada di sana. Berada di India seperti berada dalam zon masanya yang tersendiri, lama dan baharu wujud seiring pada satu zaman yang sama.

Ini memang bukan sebuah negara yang sesuai buat para 'pelancong', tetapi syurga buat para pengembara. Di dalam kotornya ada warna, dan di dalam cahaya gemerlapnya ada cela. Sebuah peradaban manusia yang kompleks dan sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. India tidak sesuai untuk diceritakan, tetapi perlu dialami sendiri magisnya.

Ini adalah hanya sebahagian daripada secebis memori perjalanan saya di sana, menggunakan kamera Fujifilm X100T.

*Untuk paparan penuh, klik pada gambar dan tekan anak panah ke kanan untuk gambar seterusnya.


Taj Mahal, simbol termasyhur India. (Agra, Uttar Pradesh)

Tak mustahil ada antara mereka warga India yang pertama kali ke Taj Mahal. (Agra, Uttar Pradesh)

Pengawal kota lama Agra Fort. (Agra, Uttar Pradesh)

Tiga jejaka bersanggar di suatu petang. (Tajganj, Agra)

Cari makan. (Tajganj, Agra)

Mengisi senggang. (Tajganj, Agra)

Lama dan baharu. (Tajganj, Agra)

Apa cerita hari ini? (Tajganj, Agra)

Akal budak belang merencana sesuatu. (Tajganj, Agra)

Bujang lapok Fatehpur Sikri. (Agra, Uttar Pradesh)

Rutin. (Pink City, Jaipur)

Pengumuman. (Pink City, Jaipur)

Bergilir tugas. (Pink City, Jaipur)

Pulang dari menghadap sultan. (Amber Fort, Jaipur)

Penyeri istana maharaja. (Amber Fort, Jaipur)

Ganesh Pol dari Diwan-i-Aam. (Amber Fort, Jaipur)

Naik auto-rickshaw. (Jaipur, Rajasthan)

Naik dan turun. (Stesen Kereta Api Jaipur, Jaipur)

Cinta tiga segi. (Stesen Kereta Api Jaipur, Jaipur)

Menghantar isyarat. (Ekspres Jaipur-Udaipur, Rajasthan)

Bantal terempuk. (Ekspres Jaipur-Udaipur)

Rakyat marhaen di istana harus diselubung kepalanya. (Istana Kota Udaipur, Udaipur)

Tempat lepak raja. (Istana Kota Udaipur, Udaipur)

Jaga ada gaya. (Udaipur, Rajasthan)

Hari sembahyang untuk sang suami. (Udaipur, Rajasthan)

Mandi pagi di Tasik Pichola. (Udaipur, Rajasthan)

Selamat pagi Udaipur! (Udaipur, Rajasthan)

Musafir haus. (Gurun Thar, Jaisalmer)

Bunga dan kumbang di padang pasir. (Gurun Thar, Jaisalmer)

Fesyen tempatan. (Jaisalmer, Rajasthan)

Entah lurus entah tidak. (Jaisalmer, Rajasthan)


Sukan nombor satu India - kriket. (Jaisalmer Fort, Jaisalmer)

Peniaga, pelancong dan penduduknya. (Jaisalmer Fort, Jaisalmer)

Pengembara malam. (Ekspres Jaisalmer-Delhi)

Wanita, kain dan gosipnya. (New Delhi, Uttar Pradesh)

Usai solat Asar. (Masjid Jama', Delhi)

Pulang dari kerja menuju senja. (Old Delhi, Delhi)

Rekreasi tepi jalan. (Delhi, Uttar Pradesh)

Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu