BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Jumaat, 17 April 2020

RBIK: Gim perlu cari jalan unik baharu untuk kekal relevan


Industri kesihatan semakin rancak dan menyaksikan pusat gimnasium pesat menumbuh bak cendawan selepas hujan.

Sehinggalah tibanya COVID-19, semuanya beku lalu memaksa ahli aktif gim-gim seluruh negara tak dapat meneruskan rutin sihat mereka. Ada yang berehat terus menjadi kentang sofa tak bangun-bangun di depan televisyen, tetapi masih ramai (harapnya) yang masih kekal aktif.

Sudah lebih sebulan di bawah Perintah Kawalan Berkurung (PKP), kita sudah mula menerapkan norma baharu bersenam di ruang rumah bersama instruktor secara ‘live’ di media sosial dan berpandukan video-video percuma di Youtube.

Jika semua jurulatih kecergasan membuat perkara yang sama hari ini, apa bezanya antara mereka? Akhirnya pelanggan akan menimbang tara harga yang perlu dibayar kepada gim pada ketika mereka tidak dapat menikmati fasilitinya. Dikhuatiri pelanggan akan lari dan akhirnya gim tidak mampu untuk terus hidup lalu melingkup.

Pengasas bersama dan instruktor Thrive Boutique Fitness Studio, Nadia Valentina tetap khuatir walaupun belum ada pelanggannya yang menamatkan perkhidmatan, masih terlalu awal untuk rasa selesa dan mereka perlu mencari akal untuk memastikan studio kesihatan mereka unik dan tetap dekat dengan pelanggan.

Agak mencabar untuk mereka yang sedia unik sebelum ini dengan menawarkan enam bentuk program yang sebahagian besarnya memerlukan penggunaan peralatan, kini Thrive sedang mempertimbang untuk menyewakan perkakas di gim kepada pelanggan mahupun orang awam untuk digunakan di rumah.

Sebenarnya sebelum Nadia, saya terlebih dahulu sudah bersesi dengan Jatt, jurulatih kecergasan di mana kami membuat beberapa jenis senaman regangan sambil berbual bertanya khabar. Tapi sesi itu diganggu beberapa siri gangguan teknikal menyebabkan ia tidak sempat dirakam. Maaf.

Jatt dahulunya pernah bersama Nadia di Thrive, kini sudah menjalankan perkhidmatan secara atas talian sejak beberapa bulan lepas (macam tahu saja benda nak jadi). Dia menawarkan pelan program dan mengikuti rapat aktiviti dan perkembangan kliennya dalam empat minggu. Sambutan katanya boleh tahan, sekarang sudah memasuki kumpulan kedua peserta. Apapun sama juga peningnya, memikirkan bagaimana untuk terus relevan.




A post shared by Coach Jatt | Performance Coach (@coachjatt) on

Program-program juga perlu dikemaskini untuk terus mengekalkan keunikan masing-masing, dan para instruktor juga perlu terus bekerja keras untuk memastikan kliennya terus berlari supaya tidak 'lari pergi'.

Memang kena rombak habis semuanya.

  

Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu