BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Jumaat, 5 Jun 2020

Fikir luar kotak, wahai anak muda


Bukannya senang nak dapat latihan praktikal ataupun internship sebab krisis COVID-19, ini belum lagi cakap pasal pekerjaan.

Bagaimana ini bukan masa untuk bersedih, marah atau putus asa, sebaliknya menggunakan peluang ini untuk bangkit dan mengganggu sistem yang sedia ada.

Bagi Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan, generasi ini perlu berupaya untuk berfikir secara luar kotak serta lebih fleksibel dalam memilih bidang pekerjaan.

“Sebagai contoh, kalau katakan seseorang itu mengambil bidang sains, tidak ada sebarang halangan untuk pelajar ini menjadi seorang pengusaha digital.

“Kita harus menerima apa jua cabaran yang datang dan mungkin membuat sesuatu yang kita tidak mimpikan langsung untuk membuatnya,” kata beliau dalam temu bual eksklusif bersama Rancak TV, pada Khamis.


Mia bersama Datuk Shamsuddin Bardan (kanan).

Permintaan tinggi dalam bidang perusahaan digital boleh dijadikan sumber pendapatan tambahan bagi yang sudah memiliki pekerjaan.


Nantikan temubual penuh disertakan pendapat dari beberapa sektor berbeza mengenai hala tuju pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) pasca COVID-19, dalam program terbaharu Rancak TV di YouTube Rancak TV dan Facebook Astro AWANI.

Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu