BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Jumaat, 5 Jun 2020

Tidak lain dan tidak bukan, Jesus CORONA!


Ini bukan kebetulan, ini adalah ketentuan Maha Esa.

Takdir menentukan bahawa Jesus Corona akan menjaringkan gol pertama FC Porto, dalam aksi pertama kelab itu selepas hampir tiga bulan liga bola sepak Portugal digantung akibat pandemik coronavirus.

Cerita tersebut menjadi viral di media sosial sejurus dia menjaringkan gol tunggal untuk pasukannya yang tewas 2-1 kepada FC Famalicao.

Adakah ia juga takdir bahawa virus corona ataupun COVID-19 itu juga akan tewas kepada semangat manusia seluruh dunia untuk menlenyapkannya dari muka bumi ini?

Apa yang berlaku sangatlah epik dan skripnya tidak boleh tulis dengan lebih baik lagi untuk menceriakan peminat sukan bola sepak yang menagih aksi hebat pemain-pemain pilihan mereka.

Corona kini hangat dikaitkan sebagai sasaran kelab London, Chelsea, walaupun pemain Leipzig, dikatakan bersetuju secara prinsip untuk menyertai the Blues. 


 *ini semua kebetulan Foto cover: football.london.com 

Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu