BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Jumaat, 5 Jun 2020

Kejam betul polis di Amerika Syarikat ni


Viral di media sosial, video seorang warga emas ditolak oleh anggota polis di New York, Amerika Syarikat sehingga menyebabkan kecederaan teruk kepadanya.

Ramai yang melihat kecederaan yang dialami oleh mangsa itu sangat teruk dan kemungkinan dia boleh menjalani kehidupan seperti biasa lagi selepas ini, jika masih hidup.

Lebih kejam lagi tindakan polis-polis di situ, tiada siapa yang mengambil keputusan untuk memeriksa keadaan mangsa yang ditolak itu, malah ada kenyataan polis bahawa mangsa yang cedera akibat terjatuh.

Namun visual yang dikongsikan di Twitter jelas menunjukkan punca mangsa terjatuh adalah sebab ditolak oleh dua anggota polis, sehingga menyebabkan kepalanya terhantuk pada lantai.

Darah juga dapat kelihatan mengalir dari telinga mangsa akibat terjatuh.

Visual itu dikongsi pasukan berita stesen radio,  WBFO-FM.

AMARAN: Jangan tengok video kalau tak kuat semangat.

BACA: Kejam tak kejam la polis USA, Trump pun kena suruh tutup mulut (LOL).

Kejadian berlaku semasa polis cuba meleraikan protes aman berdekatan Niagara Square di depan City Hall. 

Seorang warga emas berusia 75 tahun ditolak oleh seorang anggota polis menyebabkan dia hilang imbangan badan, terjatuh, terhantuk kepalanya di lantai dan terus tidak sedarkan diri. 

Tidak seorang pun anggota polis dilihat cuba memeriksa keadaan mangsa atau cuba memberi rawatan dengan segera.

Hanya selepas lebih 20 saat, dua anggota National Guard yang memeriksanya keadaan mangsa.

Dua anggota polis tersebut sudahpun digantung tugas tanpa gaji sementara siasatan dijalankan. 

Lelaki itu pula dilaporkan dalam keadaan serius, tetapi stabil pada malam Khamis, mengalami gegeran dan luka, malah dijangka akan pulih. 

Gabenor New York , Andrew Cuomo yang dibenci oleh majoriti pemprotes yang menuntut keadilan terhadap kematian George Floyd, mengeluarkan kenyataan dengan mengecam tindakan tersebut. 

Pada masa sama, Cuomo menegaskan polis perlu menguatkuasa undang-undang bukan menyalahgunakannya.



Datuk Bandar New York, Byron Brown turut menjamin siasatan akan dijalankan dan turut kecewa dengan apa yang sudah berlaku. 

Polis Amerika teruk dikecam sekarang, lebih 36 juta orang sudah menonton video ini dan meningkatkan lagi kemarahan warga Amerika Syarikat terhadap penyalah gunaan kuasa oleh polis di negara itu.

Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu