BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Isnin, 6 Julai 2020

Hanya 4 Orang Digunakan Untuk Buat Playstation 4 di Jepun



Biar betul! Hanya empat orang bekerja untuk memasang Playstation 4 di sebuah kilang di Jepun untuk pemasaran di seluruh dunia.

Macam mana ia boleh dillakukan? Guna robotlah.

Lebih canggih, teknologi paling moden digunakan oleh kilang Sony di Jepun membolehkan sebuah Playstation 4 siap dipasang setiap 30 saat.

Ya, 30 saat saja siap sebuah PS4 yang dijual pada harga RM1,400 dan ke atas.

Ia dipasang di sebuah kilang di Kisarazu, dekat Tokyo, Jepun dengan hampir semuanya dibuat oleh mesin ataupun robot.

Manusia tak ramai dalam kilang ni, hanya dua orang digunakan untuk masukkan motherboard ataupun papan induk ke dalam barisan pemasangan dan dua orang lagi packing ataupun masukkan PS4 yang siap dalam bungkusan.

Operasi kilang tersebut dikendalikan Sony Global Manufacturing and Operations, melibatkan pusat pemasagan Playstation 4 sepanjang 31.4 meter yang siap dibina pada 2018.

Menurut laporan Asian Nikkei itu, seorang jurutera yang bekerja di situ memberitahu tiada kilang di dunia yang dapat menandingi kecanggihan kilang pembinaan PS4 ini.

Sebanyak 32 robot digunakan dengan 26 daripadanya digunakan untuk memasangkan wayar, pita dan bahagian fleksibel yang lain.

Sony belum mengesahkan di mana Playstation 5 dipasang atau berapa cepat ia disiapkan, tapi ada yang kata ia dipasang di Bangi, Malaysia.

Bagaimanapun dengan kecanggihan kilang di Jepun ini, ia dapat memastikan penghantaran PS5 ke seluruh dunia tidak akan terganggu akibat pandemik COVID-19.

Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu