BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Isnin, 6 Julai 2020

Polis pertama Australia dibentuk daripada sekumpulan banduan


Pasukan polis pertama Australia dibentuk daripada sekumpulan penjenayah. Pasal apa? Mana pergi 'orang-orang baik' Australia. Begini ceritanya.

Selepas James Cook menemukan pantai timur Australia pada 1770, dia menamakan kawasan itu New South Wales dan menuntutnya sebagai wilayah jajahan British.

Untuk mengekang peluasan kuasa oleh Empayar Perancis yang berada sekitar itu ketika itu, British menghantar armada penuh dengan banduan dipanggil First Fleet untuk membentuk koloni di New South Wales pada 26 Januari 1788.

Revolusi Perindustrian di Britain mencambahkan kegiatan jenayah kerana kemerosotan ekonomi rakyat, sehingga penjara yang ada tidak dapat menampung jumlah penjenayah yang semakin ramai. Maka lambakan penjenayah itu dihantar ke beberapa wilayah di Australia.

Ketika semakin banyak koloni dibentuk, wilayah-wilayah jajahan British di Australia tiada pasukan polis. Jadi pasukan Marin Tentera Laut Diraja British dikerah sebagai penguatkuasa sementara di New South Wales pada 1788.

Pasukan sementara itu nyata tidak cukup untuk mengawal penduduk. Kalau dah koloni penjenayah, maka perangai jenayah itu dibawa dan berleluasa dalam koloni baharu. Maka pentadbiran yang dipimpin Gabenor Arthur Phillip menyedari keperluan untuk menubuhkan pasukan penguatkuasa.

Memandangkan sumber manusia yang ada hanyalah daripada penduduk yang rata-ratanya adalah banduan, maka Gabenor Phillip memilih 12 orang banduan yang berkelakuan paling baik untuk menubuhkan Night Watch.

12 orang itu dipecahkan kepada empat kumpulan sektor yang berbeza. Kejayaan kumpulan pertama itu mendorong kerajaan memperluas program Night Watch ke seluruh koloni bawah naungan British bermula pada 1790.


Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu