BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Rabu, 29 Julai 2020

Anak Malaysia terima Anugerah Eisner kerana komik "Nasi Goreng"


Orang Malaysia kini diiktiraf dalam dunia komik selepas Erica Eng dipilih untuk menerima Anugerah Eisner anugerah komik bertaraf antarabangsa bagi kategori Komik Web Terbaik, hujung minggu lalu.

Tajuk komik itu adalah Fried Rice ataupun nasi goreng yang merupakan makanan yang popular di Malaysia.

Erica yang baru berusia 21 tahun merupakan rakyat Malaysia paling muda untuk menerima anugerah setaraf Oscar industri komik itu, bagi siri komiknya yang mempamerkan keindahan Malaysia.

Kenapa "Nasi Goreng"?

Foto: Instagram @paprikapeprica

Apabila ditanya kenapa dinamakan siri itu "Nasi Goreng", Eng memberitahu mood episod komik itu diperngaruhi senarai lagu di Spotify yang menjadi kegemarannya semasa berkarya (yang turut menggunakan nama yang samam, Fried Rice).


Selain itu, Eng yang menulis siri itu ketika belajar Ijazah Sarana Muda Seni Halus di San Francisco's Academy of Art University turut menjelaskan bahawa nasi goreng merupakan antara makanan kegemaran yang membuatnya rasa seperti berada di rumah bersama keluarga ketika berada di luar negara.


Apa jalan cerita "Nasi Goreng"?

Foto: Instagram @paprikapeprica

Lukisan komik yang dihasilkan daripada lukisan tangan Eng dan kemudian diedit menggunakan photoshop, kini mempunyai 50 muka surat, dan Eng berhasrat untuk mencapai 200 muka surat.


Jalan cerita siri itu bermula dengan kehidupan seorang pelukis muda yang berasal daripada Batu Pahat, Johor yang pergi ke Kuala Lumpur untuk berjumpa saudaranya, Lilly.



Dalam siri tersebut, kedua-dua remaja perempuan itu bercita-cita untuk mengembara ke luar negara bagi menyambung pelajaran.


Berbeza dengan Min, Lilly tidak mahu pulang kembali ke tanah air selepas itu manakala Min mahu terus berhijrah ke luar negara.

Bagaimana komik Eng boleh tersenarai dalam Anugerah Eisner?

Foto: Instagram @paprikapeprica

Eng memberitahu The Malaysian Tatler, dia telah mendaftar URL bagi komik digitalnya bersama surat namun tak sangka hasil karyanya layak untuk dicalonkan.

Apabila menerima emel pencalonan, Eng yang teruja memilih untuk tidak memberitahu sesiapa kecuali keluarga terdekatnya.

"Saya tidak percaya ini semua menjadi kenyataan, hanya sehingga satu pagi, ketika bersendirian di dalam bilik, saya menerima khabar mengenai kejayaan saya, saya terus  melutut, menangis dan bersyukur kepada Tuhan," kata Eng kepada The Malaysian Tatler.

Foto: Twitter @paprikapeprica

Selain Eng, Anugerah Eisner pernah diberikan kepada lagi seorang anak Malaysia, Reimena Yee pada tahun 2018 bagi novel grafik, The Carper Merchant Of Konstantiniyya, serta Sonny Liew yang dilahirkan di Malaysia dan dibesarkan di Singapore, bagi novel grafik The Art of Charlie Chan Hock Chye pada 2017.

Foto cover: Foto: Instagram @paprikapeprica

Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu