Apa yang menarik di Oxigen Cycle dan kenapa ia sesuai dibuka pada waktu pandemik ini? Ini EMPAT perkara menarik tentang konsep senaman baharu di Kuala Lumpur.
Dirancang pembukaan semasa PKP dan dibina ikut SOP
Oxygen Cycle bagai bulan jatuh ke riba bagi Aiman kerana berjaya dibina dalam masa yang singkat semasa dunia masih kecoh dengan penularan COVID-19.
"Saya mula perancangan untuk membuka gim ini di waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan ia siap dalam masa dua minggu sahaja semasa PKPB.
"Ia dibina seiring dengan situasi pandemik dan mengikut prosedur operasi standard (SOP)," kata Aiman.
"Ia dibina seiring dengan situasi pandemik dan mengikut prosedur operasi standard (SOP)," kata Aiman.
Konsep gim ini turut direka supaya lulus semua kriteria SOP yang dikehendaki oleh kerajaan sewaktu pandemik iaitu mementingkan penjarakan sosial walaupun di kawasan terbuka.
Pemandangan hutan konkrit
Foto: IG @colony.work
|
Evolusi senaman berbasikal setempat telah banyak berubah, daripada konsep tenaga pengajar yang menggunakan televisyen (TV) untuk memberikan ilusi pemandangan di luar, kepada tenaga pengajar berbasikal seirama dengan muzik dan kini berbasikal seirama dengan pemandangan persekitaran KL.
Di Oxygen Cycle, menara berkembar KLCC menjadi salah satu pemandangan ikonik sewaktu melakukan senaman, malah jangan terkejut jika anda ternampak burung helang berterbangan di celah bangunan!
Kebersihan diutamakan
Oxygen Cycle mempunyai konsep "jaga sendiri, bersih sendiri" atau "self care, self clean", di mana setiap kelas akan diakhiri dengan penunggang membersihkan basikal yang diguna sanitasi.
"Konsep ini sebenarnya sudah dipraktikan di kelas-kelas yoga dan kelas berbasikal irama di negara-negara Eropah, jadi saya rasa ia sangat sesuai untuk menjadi kebiasaan di negara kita juga, lagi-lagi kerana COVID-19," tambah Aiman.
Selain memastikan setiap basikal dibersihkan oleh penunggang, kakitangan Oxygen Cycle turut akan membersihkan alat senaman itu untuk kali kedua, bagi memastikan tiada risiko pencemaran mikro.
Jangan terlepas matahari terbit/terbenam
Pemandangan kelas pada waktu malam sangat menarik! Foto: IG @oxygencycle
|
Waktu paling menarik untuk bersenam di Oxygen Cycle ialah kelas pada pukul 7:15 pagi dan kelas pada waktu malam.
Pada waktu pagi anda akan disajikan dengan pemandangan matahari terbit manakala pada waktu senja matahari terbenam dan pada sebelah malam cahaya KL, terutama sekali KLCC.
Pada waktu pagi anda akan disajikan dengan pemandangan matahari terbit manakala pada waktu senja matahari terbenam dan pada sebelah malam cahaya KL, terutama sekali KLCC.
Hirup udara segar di tingkat yang tinggi sambil bersenam mengikut irama muzik di waktu yang paling sesuai dengan anda.