BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Jumaat, 14 Ogos 2020

Apa Gareth Bale buat dengan gaji RM3.2 juta seminggu?




Pemain bola sepak Real Madrid, Gareth Bale buat dengan gaji yang diterimanya sebanyak  £600,000 seminggu (RM3.2 juta).

Dia sewa rumah dengan keluasan 16,000 kaki persegi dengan sebuah kolam renang di dalam rumah dan di luar, empat buah bilik, gimnasium, dua bilik utiiliti, beberapa teres dan anjung serta enam garaj kereta.

Tapi sewa rumah itu baru £10,000 sebulan, ada lagi £590,000 dalam bank akaun dia.

Gambar rumah sewa Gareth Bale dari langit. Dulu legend Brazil, Kaka sewa rumah ni.

Jadi Bale, yang sekarang tak main langsung dalam kesebelasan utama kelab gergasi Real Madrid itu membeli enam biji kereta untuk simpan dalam garaj di rumahnya.

Seminggu dapat gaji, Bale boleh beli Mercedes SLS AMG yang berharga £165,000, Ferrari GTC4Lusso yang berharga £230,000 selain Bentley Continental GT (£152,000).

Itu kereta yang sangat mahal, jadi masa Krismas hari tu Bale beli sebuah Audi Q7 50 TDI yang berharga £65,000 saja.

Foto Solar Pix rumah sewa Gareth Bale di Madrid, berharga £6.5 juta 

Menurut laporan media Sepanyol, Bale ni memang dah tak berapa minat nak bermain bola lagi kerana sekarang asyik main golf.

Rumahnya dekat Sepanyol itu lebih dekat dengan lapangan golf terkemuka daripada pusat latihan pasukan Real Madrid sendiri.

Malah Bale turut menjadi ahli kepada kelab golf Ciudad Grupo Santander, yang direka oleh pemain golf Sepanyol, Seve Ballesteros.

Tak cukup degan tu, rumahnya di Glamorgan, Wales pula dibina lapangan golf tiga lubang di halaman rumahnya, yang merupakan replika lubang ke-12 di Augusta, Royal Troons’s Postage dan lubang ke-17 di Sawgrass.



Bale masih ada baki kontrak selama dua tahun di Madrid, dan nampak gaya akan terus main golf dan memanas bangku simpanan di Santiago Bernabeu sehingga habis kontraknya.


Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu