Jepun memperkenalkan tandas awam yang menggunakan pintu dan dinding kaca lut sinar - gila kinky!
Tak juga, tandas awam yang menggunakan kaca lut sinar ataupun transparent bertujuan untuk mengubah stereotaip bahawa tandas awam adalah kotor, sekali gus membaiki reputasi terhadap kebersihan tandas awam di negara itu.
Jangan takut, orang tak akan nampak urusan anda di dalam tandas itu kerana sebaik saja pengguna masuk ke dalam tandas itu, dinding dan pintu kaca itu menjadi legap apabila ia ditutup dan dikunci.
Teknologi canggih ini merupakan satu lagi ciptaan canggih tandas di Jepun, bagi siapa yang pernah pergi ke negara matahari terbit itu, tahulah betapa moden tandas di situ.
BACA: APA BEZA TAN SRI, DATUK DAN TUN
BACA: APA BEZA TAN SRI, DATUK DAN TUN
Orang yang nak guna tandas itu boleh memilih tandas mana yang mereka mahu gunakan dengan hanya melihat dari luar.
Foto oleh Satoshi Nagare, The Nippon Foundation |
Tandas itu dibina atas sebahagian daripada usaha Projek Tandas Yayasan Nippon di Tokyo dan diletakkan di sebuah taman di bandar Shibuya.
Dinding kaca pada tandas itu dicipta oleh arkitek tersohor yang memenangi anugerah Pritzker, Shigeru Ban.
Pada waktu malam, tandas itu akan dicantikkan dengan lampu yang menarik untuk kelihatan lebih menarik.
Foto cover: The Nippon Foundation oleh Satoshi Nagare