Selepas lebih tiga bulan tak bersukan, Israr dan Ian kembali menyepak bola - di padang golf.
Bersama kawan-kawan pasukan Real Maghrib FT, kami mencuba sukan gabungan yang semakin meningkat popular ini, lebih-lebih lagi pada waktu negara beransur pulih daripada wabak COVID-19, memandangkan ia sejenis sukan yang tidak mendorong kepada sentuhan antara pemain.
Lokasi di Padang Golf Bukit Jelutong (BJGC), Selangor.