BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Khamis, 27 Ogos 2020

Selamat tak pakai pelitup muka khas untuk bersukan ni?



Jawapannya YA dan pastikan anda jangan sombong ketika memakai face mask khas untuk bersukan semasa bersenam.

Ada masanya kita kena buka dan sedut udara segar tanpa sebarang halangan kerana memakai pelitup muka untuk bersukan juga ada hadnya.


Itulah pandangan saya ketika menguji dua face mask, Under Armour UA SPORTSMASK dan juga ASICS RUNNERS FACE COVER yang bakal dijual pada bulan depan.

Sekarang boleh pre-order sahaja yang menunjukkan bahawa ada permintaan yang tinggi untuk pelitup muka yang direka khas untuk workout ini.

ASICS RUNNERS FACE COVER akan mula dijual pada September 2020 di Malaysia

Ujian pertama adalah face cover ASICS, yang lebih nipis, diperbuat daripada 31% bahan kitar semula, dengan lubang khas untuk pengudaraan yang baik tetapi pada masa menghalang cecair seperti peluh atau air liur keluar.

Memakai ASICS RUNNERS FACE COVER selama lebih 15 minit tidak memberi impak kepada pernafasan saya, tapi kena ingat ia tidak 100% selesa bernafas dengan face mask.

Namun saya yakin ia lebih baik daripada memakai face mask kain biasa dan juga pelitup muka tiga lapis untuk tujuan perubatan itu.

SPORTSMASK Under Armour ini sudah diuji oleh atlet bertaraf dunia.

Yang kedua saya uji UA SPORTSMASK yang katanya datang dengan teknologi yang lebih canggih.

Ia merupakan pelitup muka 3 lapisan yang ada ruang untuk mengelak kain melekat pada muka, sekali gus memberi ruang untuk kita bernafas.

Ia juga kalis air dan mempunyai OPEN-CELL FOAM diletakkan pada lapisan dalam pelitup muka itu.

Fom itu membenarkan udara masuk dan keluar tetapi menghalang cecair keluar.

Lapisan ketiga, paling hampir dengan muka pemakai adalah kain UA ISO CHILL, yang pastikan ia sentiasa sejuk, terutama apabila air peluh terkena pada kain itu.

Lapisan ketiga itu juga dikatakan dirawat dengan sejenis bahan istimewa yang dikenali sebagai PROTX2TM, teknologi anti-mikrobial bukan logam yang menghalang pembiakan bakteria pada mask itu.



Jadi tak semua mampu untuk membeli face mask jenis ini kerana harganya yang agak mahal tetapi bagus untuk pelaburan yang boleh melindungi anda daripada jangkitan virus COVID-19.

ASICS RUNNERS FACE COVER dijual pada RM169.00 manakala UA SPORTSMASK, RM109.00.

Alah membeli, menang memakai, dalam hal ini bukan tahan lama atau mempunyai kualiti yang baik, tetapi ia mungkin menyelamatkan nyawa anda.

Yang pasti, kalau dah rasa penat atau sesak nafas, janganlah teruskan pakai mask tu, dengar pada kemampuan diri sendiri.

Kita kena ingat, WHO dan juga kerajaan kita suruh pakai mask bukan sebab ia memang ubat melawan COVID-19, tetapi ia dapat mengurangkan risiko jangkitan dan penyebaran virus itu.

Tidak ada seorang pun sah bebas COVID-19 selagi tidak menjalankan ujian kerana kadang-kadang pembawa virus itu tidak menunjukkan sebarang simptom.

Jadi menjadi tanggungjawab kita untuk memakai pelitup muka di tempat awam dan tempat sesak.





Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu