Bagi setiap individu yang gemar bercuti, terdapat dua perkara utama yang harus dipertimbangkan sebelum memulakan perancangan percutian.
Pertama semestinya destinasi percutian yang mempunyai pemandangan yang cantik atau memiliki aktiviti yang sesuai dengan keinginan anda.
Kedua ialah orang atau peneman untuk pergi bercuti bersama, di mana jika anda tidak ngam dengan orang itu maka percutian anda tidak akan berbaloi.
Berikut ialah lima jenis kerenah orang travel yang harus anda fahami bagi membantu memilih siapa peneman travel terbaik bagi anda.
1. Yang chill-chill
Mereka ini tidak suka rumitkan keadaan, sebaliknya suka ikut sahaja kehendak orang ramai supaya tidak berlakunya ketegangan ketika bercuti.
Mereka ini selalunya menjadi peneman bercuti yang sering disukai orang, tetapi ada juga kekurangan.
Kadang-kadang mereka ini terlalu chill, dan kalau anda percutian itu singkat seperti di hujung minggu, banyak masa akan dibazirkan kerana mereka yang terlalu chill juga selalunya tak pandai jaga masa dan ambil masa yang lama untuk lepak.
Tip: Bersedia untuk pengalaman percutian selesa dan bukan pengalaman mengembara.
Cepat sikit! Nanti lambat Foto: Guilherme Stecanella @ Unsplash |
2. Yang tidak boleh duduk diam
Berbeza dengan mereka yang chill, golongan ini tak suka membazir masa, walaupun sesaat.
Jika anda bercuti dengan orang jenis ini, anda pasti tidak akan melepaskan peluang untuk menikmati hampir semua lokasi tarikan pelancongan, termasuk tempat yang kurang popular di bandar atau destinasi percutian berkenaan.
Tip: Bersedia untuk bangun awal pagi serta lupakan selipar sebaliknya pakai kasut senaman!
Dia makan lagi! Foto: Jason Hartono @ Unsplash |
3. Yang makan memanjang
Ada juga mereka yang pergi bercuti hanya untuk makan.
Mereka ini gemarkan "jalan-jalan cari makan" dan aktiviti harian ketika bercuti hanya melibatkan persinggahan dari satu gerai makan ke gerai makan yang lain.
Tip: Sila sediakan ruang di perut masing-masing dan berhenti makan sebelum kenyang kerana destinasi seterusnya adalah tempat makan lagi!
4. Yang suka complain
Mesti anda fikir, mereka ini memang tidak sesuai dijadikan peneman bercuti kerana suka mengeluh (complain) tentang apa sahaja, betul tak?
Perkara ini benar, kecuali jika anda juga suka complain, maka anda berdua boleh complain bersama-sama tentang apa-apa pun seperti makanan di hotel terlalu masin, atau orang lokal terlalu peramah, atau cuaca terlalu panas.
Tip: Jangan ambil setiap keluhan itu terlalu serius dan sentiasa befikiran positif! Kalau tidak, anda akan menyesal kerana merancang percutian itu.
Siapkan kamera anda! Foto: Mesut Kaya @ Unsplash |
5. Yang bercuti untuk bergambar
Mereka ini selalunya daripada golongan pempengaruh media sosial, model atau ingin menjadi seperti golongan itu (wanna be).
Mereka mungkin akan mengambil masa yang lama untuk bersiap kerana ingin kelihatan cantik dan picture perfect supaya dapat bergambar di setiap sudut destinasi yang dikunjungi.
Tip: Bersedia untuk tolong pilih gambar mana paling cantik dan semestinya jangan lupa berlatih skil mengambil gambar!
Tidak kira kategori mana, asalkan anda pandai menyesuaikan diri dengan jenis personaliti dan kerenah orang.
Apa-apa pun, jangan meletakkan harapan terlalu tinggi ketika bercuti.
Jika tiada harapan yang tinggi, maka lebih mudah untuk anda menikmati percutian anda dan perkara-perkara kecil ketika perjalanan, termasuk perkara yang baik dan yang buruk.
Foto Cover: Kendra Kamp @ Unsplash