BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Sabtu, 5 September 2020

#BigStage : Sebab ayah, saya berada dalam industri - Amir Hasan




Kehilangan orang yang tersayang bukanlah satu perkara yang mudah buat seseorang individu.

Begitu juga dengan salah seorang peserta Big Stage, Amir Hasan yang menyatakan bahawa penyertaannya di dalam program hiburan tersebut merupakan salah satu hajat arwah bapanya.

Namun pada minggu pertama, namanya disebut-sebut kerana menjual "Cerita Sedih" kepada umum untuk kononnya untuk mendapatkan perhatian ramai.

Menjawab segala persoalan bagi penyanyi yang mula menapak pada awal tahun 2018, apa yang diceritakan itu adalah sebuah kisah benar dan bukan dibuat-buat.

"Apa yang diceritakan adalah kisah diri saya, ia kisah benar dan bukannya satu kisah yang dibuat-buat, meskipun dapat mendengar bunyi-bunyi yang tidak sedap tapi dalam pertandingan ini saya rasa saya sudah buat yang terbaik,"

"Arwah bapa pun minta saya berada di atas pentas Big Stage untuk tunjukkan kepada semua orang apa kebolehan saya sebagai seorang penyanyi," Katanya.

Mengimbau kenangan pada mula-mula berjinak dalam industri seni suara selepas tular dilaman media sosial, Amir menyatakan  ayahnya antara orang yang banyak menyokongnya.

"Mama Amir tak minat sangat kalau saya nak masuk industri, yelah sebab saya seorang sahaja, tapi ayah yang banyak bagi semangat, nasihat dan sebab ayah saya kini berada dalam industri," tambahnya.

Bapa Amir, Abu Hasan Abdul Aziz, 65, meninggal dunia akibat kanser limfoma di Hospital Kuala Lipis, Pahang, jam 2.33 pagi pada 5 Mei 2020.


Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu