BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Jumaat, 18 September 2020

Lelaki didenda pos gambar cium seluar dalam wanita di Instagram


Jangan bagi orang tak siuman telefon pintar. Kalau dia buat kerja, rakam benda pelik-pelik nanti susah.


Seorang lelaki di Singapura didenda S$2,400 (RM7,268) pada Jumaat selepas memuat naik gambarnya mencium pakaian dalam wanita di Instagram.


Lebih pelik lagi, semua itu dibuat di hadapan kawasan rumah mangsa pakaian dalam itu diambil.


Selepas dibawa ke mahkamah, Lim Wei Ming, 35 tahun mengaku bersalah atas tuduhan mencetus gangguan di tempat awam dan memiliki video lucah.




Perkara itu dilakukan tahun lepas pada 14 Ogos, apabila Wei Ming bertindak memuat naik foto dan video tersebut di akaun Instagram miliknya.


Bukan setakat foto, dia turut mencatat nombor rumah di mana perkara keji itu dirakam.


Posting itu menerima banyak kecaman sebelum 38 laporan polis dibuat terhadapnya menerusi platform ‘I-witness’ di Singapura.


Salah satu laporan menyebut Wei Ming melakukan gangguan seksual selain mengambil pakaian mereka dan melakonkan aksi lucah.


Wei Ming sememangnya agak tak siuman apabila merakam aksinya mencuri seluar dalam berwarna pink yang disidai di rumah orang yang tidak dikenali dan memuat naik empat gambar dia mencium seluar dalam itu.


Atas perbuatan itu dia ditahan polis pada 16 Ogos tahun lalu dan bukti perbuatan itu semua diperoleh dalam telefon pintarnya.


Selain didenda, Wei Ming diarah untuk menjalani rawatan psikiatri, namun Wei Ming masih berdepan tuduhan memilki bahan lucah yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga setahun, denda sehingga S$40,000 atau kedua-duanya sekali.


Sumber: CNA



Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu