BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Sabtu, 19 September 2020

Teruk betul kastam Amerika Syarikat ni…


Nasihat kami kepada pengeluar gajet di luar sana, janganlah tiru sangat design barangan orang lain, kan kastam Amerika Syarikat dah silap rampas barang.


Beberapa hari lalu, pihak Kawalan Sempadan dan Kastam Amerika Syarikat (CBP) ingat mereka merampas 2,000 unit Apple AirPods tiruan.


Sekali pandang memang design memang macam Apple Airpods, tapi dekat kotak tulis jenama lain.




Kita tak boleh nak salahkan kastam Amerika Syarikat 100% dalam hal ini apabila mereka membuat rampasan yang sememang earphones jenama OnePlus Buds.


CBP siap keluarkan kenyataan media mengenai rampasan itu dengan kenyataan ‘ini bukan Apple’.


OnePlus EarBuds (kiri) & Apple AirPods (kanan), hampir sama tapi tak serupa


Sememangnya CBP sudah tersilap, sama ada tersilap letak gambar ataupun tersilap buat rampasan.


Pada masa sama, OnePlus sempat berseloroh mengenai perkara itu di Twitter dengan meminta CBP pulangkan semua barang rampasan itu.


Lain kali kalau AirPods tu warna putih, jangan lah tiru warna atau reka bentuknya, kesian CBP.


BACA: Kejam betul polis Amerika ni


BACA: Amerika baru sedar air lebih jimat daripada pakai tisu tandas



Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu