Warga emas berhati emas ini mempunyai hobi yang mampu membantu alam sekitar dan masyarakat sejagat.
Hobi Tengku Mohamad Ali Mansor, 74 tahun yang suka mengutip botol dan serpihan kaca bukan sahaja dapat membersihkan persisiran pantai, tetapi juga dapat dijadikan sebagai tarikan pelancong di museum yang ditubuhnya sendiri.
Sejak tahun 2005 lagi, Tengku Ali tidak tahan melihat botol kaca yang terdampar di tepi pantai dan dari situ dia mulakan misinya untuk mengumpul botol kaca dan menjadikannya barang pameran.
Foto: AFP |
Selama 15 tahun, dia bekerja keras dalam misinya untuk mengutip serpihan dan botol kaca di pantai berdekatan dengan rumahnya di Kampung Penarik, Terengganu.
Niat Tengku Ali ialah untuk mengelak daripada orang terpijak bahan itu yang mampu menyebabkan mereka tercedera, selain mengelak daripada terjadinya pencemaran kaca di tepi pantai dan laut.
Dengan hobi itu, Tengku Ali berjaya mengutip lebih 9,000 botol dan menyimpannya di dalam sebuah rumah kayu bersebelahan dengan rumahnya.
Tengku Ali tergerak hati untuk memulakan hobinya semasa melihat anak muda memecahkan botol kaca menggunakan bunga api.
Oleh kerana risau akan keselamatan orang jika terpijak serpihan kaca, dia sanggup menawar untuk membayar bagi setiap botol kaca yang dapat dicari, dan itu menyebabkan anak muda itu membawa 500 botol kaca yang menambah kepada koleksinya.
Foto: AFP |
Veteran tentera itu turut menggunakan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk menampal serpihan kaca dan menghiasi botol bagi menambah kepada kreativiti produknya.
Foto: AFP |
Dia tahu niatnya adalah untuk membantu menyelamatkan orang, dan itu sudah cukup baginya.
Sumber foto: AFP