BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Selasa, 20 Oktober 2020

19 minit saja, bateri telefon 4,000mAh dah penuh


Jadi sekarang dah ada alat tanpa wayar yang boleh caj bateri 4,000mAh dari 0% hingga 100% dalam tempoh 19 minit sahaja.

Itu yang dibuktikan syarikat elektronik China, Xiaomi yang berkongsi sebuah video di Youtube mengenai pengecas tanpa wayar 80W yang terbaharu.


Dalam satu minit sahaja, bateri telefon pintar Xiaomi Mi 10 Pro (RM3,599) mencapai status 10 peratus, dicas menggunakan alat pengecas tanpa wayar itu.


Seterusnya, dalam tempoh 19 minit, bateri Xiaomi Mi 10 Pro itu sudahpun penuh.



Bagaimanapun telefon Xiaomi Mi 10 Pro yang digunakan dalam demo itu sudah diubah suai.


Buat masa ini, Xiaomi tidak memberitahu bila alat itu akan mula dijual dan adakah ia akan berfungsi dengan baik pada telefon pintar yang lain.


Pengecas telefon paling pantas kini dipegang Oppo, yang boleh mengecas bateri 4,000mAh dalam tempoh 15 minit, tapi ia menggunakan wayar.


Ada yang nak kutuk Apple la tu...




Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu