BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Selasa, 20 Oktober 2020

5 sebab anda susah nak tidur


Ada orang senang tidur di mana-mana saja, ada yang susah nak tidur walaupun satu malam.


Kajian mendapati 10 hingga 30 peratus daripada populasi mengalami gangguan tidur atau insomnia, manakala ada menyatakan 50 hingga 60 peratus. 


Insomnia adalah gangguan secara berterusan dalam permulaan tidur, durasi tidur atau kualiti tidur.


Tanpa tidur yang cukup, anda akan berasa letih, terganggu dan tak dapat berfungsi dengan betul dalam tugas, bersosial dan susah lakukan aktiviti harian. 


Tetapi artikel ini bukan nak menjelaskan Macam mana nak tidur dengan lena, sebaliknya ia menyenaraikan sebab-sebab anda susah nak tidur.


1. Faktor usia

Menurut pembantu profesor perubatan di Sekolah Perubatan Harvard, Dr Suzanne Bertisch, lebih ramai orang dewasa yang lebih berusia mengalami gangguan tidur berbanding orang dewasa yang lebih muda. Bagaimanapun, usia bukan satu-satunya sebab tidur anda tidak sempurna.

Ada kalanya orang dewasa yang lebih tua bangun lebih awal daripada biasa, namun itu berkemungkinan disebabkan anjakan kepada ritma sirkadia atau ritma bangun-tidur yang disebabkan oleh faktor usia. 

Jika 8 malam adalah permulaan waktu tidur, jadi waktu bangun adalah 4 pagi, kata Dr Bertisch.

2. Gaya hidup

Gaya hidup merupakan antara penyebab terbesar seseorang individu boleh mengalami gangguan tidur. Jadi ubahlah gaya hidup anda untuk dapat tidur dengan lebih lena.

Antara sebab yang boleh menyebabkan gangguan tidur ialah meminum alkohol empat jam sebelum tidur. 

Sebab lain ialah makan empat jam sebelum tidur kerana perut yang penuh boleh menyebabkan simptom seperti pedih ulu hati. Minum banyak sangat kafein juga boleh menyebabkan tidur malam terganggu.

3. Perubatan

Perubatan untuk merawat kemurungan, tekanan darah tinggi, asma dan keradangan atau ubat selsema yang mempunyai alkohol atau kafein boleh ganggu tidur anda. 

Dapatkan nasihat doktor mengenai ubat yang bakal di ambil, sama ada ia akan ada kesan sampingan seperti gangguan tidur dan sebagainya.

Ada juga mereka yang terbiasa mengambil ubat untuk bantu tidur, tetapi kekerapan mengambil ubat boleh menyebabkan dos meningkat, sekali gus menyebabkan ketagihan dan tidak mampu tidur langsung jika tidak mengambil ubat itu.

4. Keadaan kesihatan

Salah satu lagi faktor gangguan tidur adala masalah kesihatan yang sedia ada dialami oleh seseorang. Contoh seperti kemurungan yang terbukti menyebabkan insomnia bagi ramai pesakit. 

Sleep apnea atau penyakit gangguan tidur merupakan keadaan kesihatan yang menyebabkan insomnia. Penyakit itu menyebabkan nafas terhenti selama beberapa saat ketika tidur, sekali gus menyebabkan seseorang itu berdengkur dan sering terbangun.

Selain itu, penyakit-penyakit seperti penyakit kelenjar bengkak yang menyebabkan anda sering ke tandas, atau penyakit neuropati yang menyebabkan tangan dan kaki kebas turut menyebabkan tidur terganggu.

5. Stres

Stres boleh menyebabkan pelbagai masalah, termasuk masalah untuk tidur. 

Orang yang banyak kerja, sibuk dan mempunyai pelbagai isu dalam kehidupan boleh menyebabkan mindanya aktif memikirkan semua isu itu di waktu malam.

Kita perlu mencari ketenangan sebelum tidur dan cuba letakkan telefon bimbit dekat dengan anda semasa tidur.

Jauhi telefon pintar dua jam sebelum tidur dan gantikan dengan membaca buku, berbual dengan ahli keluarga dan hanya mendiamkan diri serta kosongkan minda sebelum tidur.


BACA: Kenapa susah sangat nak bangun tidur?


Sumbe foto: Megan te Boekhorst

Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu