Tidak kira anda seorang atlet, pengamal kecergasan (fitness enthusiast), atau seorang yang baru menceburi kehidupan cergas, anda pasti pernah melalui sakit-sakit otot selepas bersenam.
Rasa tegang, sakit dan lemah di mana-mana bahagian otot badan 24 hingga 48 jam selepas bersenam itu dipanggil Delayed Onset Muscle Soreness (DOMS).
Perkara itu berlaku apabila terdapat kecederaan kecil di bahagian gentian otot selepas melakukan aktiviti senaman baharu atau senaman yang keterlaluan.
DOMS adalah perkara biasa, malah ia adalah petunjuk bahawa badan anda sedang membina otot-otot baharu.
Bagaimanapun, ada cara untuk mengurangkan rasa kurang selesa semasa melalui DOMS.
Ini antara lima perkara yang boleh diamalkan untuk mengurangkan rasa sakit selepas senaman.
BACA: Makanan terbaik untuk 'recover' selepas bersenam
1. Makan cendawan
Menurut kajian Institusi Kesihatan Kebangsaan (NIH) di Amerika Syarikat, cendawan memiliki bahan anti-radang yang mampu mengurangkan punca keradangan, termasuk sakit otot.
2. Minum air ceri
Ada kajian yang membuktikan buah cherry tart mampu mengurangkan sakit pada otot bagi pelari jarak jauh yang meminum jus itu lapan kali seminggu.
Pati yang dipenuhi dengan bahan anti oksida itu turut mempunyai kandungan bahan anti-radang.
Bagaimanapun ia juga mempunya kandungan gula yang tinggi, jadi jangan minum terlalu banyak.
3. Letak pek sejuk, kemudian pek panas
Kajian menjelaskan kombinasi pek sejuk dan pek panas adalah yang terbaik dalam melegakan ketegangan otot selepas bersenam.
Meletakkan pek sejuk selama 20 minit akan bantu mengurangkan keradangan, ketegangan dan kesakitan pada otot, manakala pek panas pula mampu meningkatkan pengaliran darah.
4. Guna bola tenis
5. Tidur
Sumber foto: Cathy Pham/UNSPLASH