BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Selasa, 27 Oktober 2020

Kenapa labah-labah suka tinggal dalam rumah

 


Jika terserempak dengan seekor labah-labah, ada yang pilih untuk membunuh si spesis araknid berkaki lapan itu, atau jika "kesian", pilih untuk menangkap dan membuangnya ke luar rumah, kononnya bagi menyelamatkan dan mengembalikan labah-labah itu ke habitat sebenar.


Perkara itu sebenarnya tidak membantu si labah-labah. Tahu atau tidak, serangga kecil yang anda jumpa di dalam rumah itu lebih suka tinggal di dalam rumah kerana kebanyakannya tidak mampu bertahan di luar.


Hanya lima peratus daripada labah-labah yang anda jumpa di rumah pernah jejak kaki ke luar, menurut Rod Crawford, kurator koleksi araknid di Museum Burke, Amerika Syarikat (AS). 


Ini sebab labah-labah suka tinggal dalam rumah, dan kenapa kita harus menerima kenyataan itu.


1. Labah-labah sudah tinggal di dalam rumah sejak zaman kuno


Foto: Jeroen Bosch/UNSPLASH

Menurut Crawford, banyak spesis labah-labah yang kini wujud di persekitaran rumah kita itu telah hidup di dalam rumah sejak zaman Empayar Rom lagi dan spesis itu jarang sekali berada di luar. 


Labah-labah biasanya akan memulakan dan menghabiskan jangka hayat di dalam bangunan.


2. Labah-labah boleh mati di luar



Jika anda takut dengan labah-labah atau ada arachnophobia, maka anda tidak akan peduli dengan fakta ini. 


Tetapi kalau saya, semestinya tidak sampai hati untuk membunuh si kecil tidak bersalah itu jadi saya ingat jika membuangkannya di luar, ia akan selamat. 


Jelas Crawford, majoriti labah-labah di dalam rumah akan terkorban jika diletakkan di luar rumah, lagi-lagi jika iklim di kawasan rumah anda bukan merupakan iklim asal bagi spesis labah-labah itu.


3. Labah-labah kawan, bukan lawan




Sebenarnya labah-labah bukan serangga perosak dan tidak akan mencari makanan daripada sumber makanan manusia, sebaliknya spesis itu mamakan serangga perosak lain termasuk lalat, nyamuk dan kupu-kupu. 


Jarang sekali berlaku labah-labah menggigit manusia kerana mereka tidak memerlukan darah untuk hidup, jadi tiada sebab untuk mereka mengancam kehidupan manusia.


Jika anda memang tidak tahan melihat labah-labah di dalam rumah, ada cara untuk menghalau serangga itu ke kawasan yang lebih low profile, seperti di dalam bilik stor. 


Anda harus rajin membersihkan sarang di kawasan rumah kerana perkara itu akan menghalau mereka, bukan ke luar rumah, tetapi ke tempat yang lebih tersorok.


Sumber foto: Timothy Dykes/UNSPLASH



Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu