BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Isnin, 19 Oktober 2020

Time travelling belum wujud lagi


Pada 2009, ahli fizik terkemuka Stephen Hawking mahu membuktikan teori time travel wujud.


Hawking menganjurkan sebuah majlis untuk pengembara yang dapat merentasi jarak dan masa dengan menghantar kad jemputan selepas majlis itu tamat.


Namun, tiada seorang pun datang ke majlis itu walaupun kad jemputan itu lengkap dengan koordinat GPS lokasi majlis.


Apa dapatan Hawking selepas kajian itu?


"Saya ada bukti eksperimen bahawa time travel satu yang mustahil," kata Hawking.


Kad jemputan Hawkings, mungkin tak sampai kepada time travellers.

Hawking berharap kad jemputan itu, tak kira apa pun formatnya sampai ke tangan pengembara ke masa lampau beribu-ribu tahun akan datang.


Jelas sekali, time travel tak wujud ataupun kad jemputan tersebut tidak sampai kepada pengembara masa itu.


Itu pendapat pengkritik eksperimen itu yang turut berpendapat ia tidak sampai kepada pengembara masa lampau.


Walaupun eksperimen itu tidak berjaya, Hawkings memberitahu perjalanan ke masa lalu boleh menjadi realiti satu hari nanti, berdasarkan teori yang dibuat Albert Einstein sebelum ini.


Apa pendapat anda? Kongsikan pada kami di ruang komen.


Sumber foto: By NASA - Original. Source (StarChild Learning Center). Archived directory listing., Public Domain, https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=1657641



Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu