BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Rabu, 11 November 2020

VF Corp beli Supreme dengan RM8.6 bilion


Sebagai pelaburan jangka panjang, ia satu tindakan yang bijak oleh VF Corporation untuk melaburkan RM8.6 bilion (AS$2.1 bilion) untuk membeli Supreme.

Syarikat pelaburan Carlyle Group dan firma ekuiti swasta, Goode Partners mahu melepaskan kepentingan mereka dalam syarikat itu.

Jumlah itu tidak termasuk USD$300 juta tambahan bergantung kepada pencapaian yang disyaratkan selepas pengambil alihan itu.

VF yang memiliki Vans, The North Face dan Timberland sudah merasai impak kolaborasi dengan Supreme.

Apa sahaja yang dikeluarkan Supreme adalah terhad, dan dijual kembali lebih 300 kali ganda harga runcit.

Supreme x Louis Vuitton Red Monogram Print Box Logo Hoodie



Sebagai contoh, Supreme x Louis Vuitton Red Monogram Print Box Logo Hoodie dijual pada AS$935 di kedai, tapi pernah dijual semula pada harga AS$7,670.


Yang tak ada kolaborasi pun mahal, sebagai contoh Supreme Heather Gray Box Logo Hoodie dijual pada AS$168 di kedai tapi pernah dijual semula pada harga AS$1,250.


Tshirt pun sama naik.



Supreme Brooklyn Box Logo Tshirt



Tshirt Supreme Brooklyn Box Logo ini dijual pada harga AS$54 saja, tapi ada orang jual balik tshirt ini pada harga AS$503.


Ini baru pakaian, pada 2016, Supreme mengeluarkan barang yang tak masuk akal iaitu sebiji batu bata dengan cap Supreme dengan harga AS$30.



Ambik kau batu bata Supreme!



Sekarang di StockX, harga yang diminta untuk batu bata itu adalah serendah AS$160.


Pada 2018, Supreme kolaborasi dengan jenama basikal Santa Cruz.



Basikal mountain bike model Chameleon itu dijual pada harga AS$2,698 dan kini boleh didapati dengan RM26,000 di Stadium Goods, malah ada satu laman web di Jepun melelong basikal itu pada harga RM64,000.


Itu baru barangan keluaran Supreme, sudah pasti jualan reseller tidak akan diperolehi VF.


Selepas pengumuman VF mengambil alih Supreme pada Isnin, saham VF Corp meningkat 10 peratus kepada USD$77.24 pada pembukaan awal dagangan.


VF juga dijangka mengukuhkan perniagaan dalam talian dan terus kepada pelanggan mereka dengan pengambil alihan ini dan menjangkakan pendapatan sebanyak AS$500 juta dan peningkatan 20 sen sesaham untuk fiskal 2022.


Bagaimana ini boleh berlaku semasa pandemik COVID-19? Semua ramalan ini sudahpun boleh dibuat kerana vaksin virus itu semakin hampir mencapai kejayaan.



Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu