BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Selasa, 10 November 2020

Pepatung lebih hebat daripada singa


Pepatung, serangga berbadan panjang, berdua pasang sayap yang lutsinar sebenarnya jauh lebih bahaya berbanding apa yang kita jangkakan.


Kadar keberkesanan seekor serangga itu untuk menangkap mangsa adalah 90 hingga 95 peratus.


Itu bermakna, semua serangga yang merupakan makanan kepada pepatung seperti nyamuk, lalat, kupu-kupu dan serangga kecil lain, berkemungkinan tidak boleh bertahan lama jika kawasan itu mempunyai hanya seekor pepatung.


BACA: KUCING INI COMEL, TAPI LAGI GANAS DARIPADA SINGA


Apabila melihat haiwan pemangsa lain seperti singa, pepatung jauh lebih mampu menangkap mangsa.


Singa hanya merekodkan 25 peratus kadar kejayaan dalam memburu makanannya.


Bak kata lain, pepatung adalah serangga yang sangat penting dalam mengimbangi ekosistem dan mengurangkan jumlah serangga perosak di sesuatu kawasan, termasuk di kawasan perumahan kita.


Foto: Varun Raghav/UNSPLASH

Malah, satu kajian oleh Universiti Turku di Finland membuktikan belalang jarum, serangga dalam keluarga pepatung (Odonata), mampu menangkap dan memakan beratus ribu serangga di sesuatu kawasan mengelilingi tasik dalam tempoh satu musim panas.


Perkara itu turut membuktikan keistimewaan setiap spesis yang dicipta Tuhan dalam kitaran kehidupan, selain menyungguhkan betapa pentingnya memelihara alam semulajadi yang semakin hari semakin terhapus.


BACA: TEBANG HUTAN PUNCA PANDEMIK COVID-19


Oleh itu, kalau anda terserempak dengan seekor pepatung yang tersesat jalan masuk ke dalam rumah, hargailah kedatangannya dan jangan membunuhnya.


Si kecil yang ganas itu sebenarnya penyebab rumah anda tidak dipenuhi nyamuk, lalat atau kumbang!


Sumber foto: Sensei Minimal/UNSPLASH



Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu