BARU

Post Top Ad

Your Ad Spot

Rabu, 5 Ogos 2020

Habislah TikTok Kena Ban



Masa depan aplikasi generasi Z, TikTok,  di Amerika Syarikat semakin gelap di Amerika Syarikat (AS).

TikTok yang memiliki lebih 800 juta pengguna aktif di seluruh dunia diancam penutupan oleh Presiden AS, Donald Trump yang mahu operasi syarikat itu dijual kepada syarikat negara itu.

TikTok dimiliki syarikat teknologi China, ByteDance dan Trump mendakwa aplikasi itu mengancam keselamatan AS.

Betul ke Trump nak haramkan TikTok di AS?

Trump sudah lama mengusik topik yang dia ingin mengharamkan TikTok di AS, negara yang mempunyai antara paling ramai pengguna aktif TikTok berbanding negara lain.

Setakat Julai 13 2020, terdapat sekitar 70 juta pengguna aktif di AS sahaja, menurut laporan Wallaroo Media.

Walaupun begitu, Trump baru-baru ini menjelaskan, jika TikTok ingin kekal di AS, ByteDance harus menjual operasi TikTok di AS kepada syarikat milik negara itu.

Antara syarikat yang berminat untuk membeli TikTok AS termasuk Microsoft.

Trump bukan sahaja mengugut ByteDance untuk menjual TikTok AS, namun turut memberi tempoh kurang daripada enam minggu untuk syarikat berkenaan berunding penjualan syarikat itu atau terus diharamkan di AS.


Apa yang lebih menarik, Trump meminta sebahagian besar daripada hasil jualan TikTok itu disumbang kepada perbendaharaan AS dengan mengatakan kalau bukan kerana kerajaan dan kuasanya, perundingan perniagaan itu tidak dapat direalisasikan.

Jika ByteDance tidak berjaya menjual TikTok kepada mana-mana syarikat AS sebelum 15 September 2020, TikTok akan diharamkan sama sekali di negara Uncle Sam.

Sumber foto: Solen Feyissa 


Post Top Ad

Your Ad Spot

Menu