INI GAMBAR HIASAN DARI GYFCAT |
OK, Presiden Amerika, Donald Trump nak haramkan TikTok jika syarikat China ByteDance tak jual kepada syarikat Amerika.
Jadi syarikat Amerika mana yang dapat manfaat terhadap keputusan pengharaman ini?
BACA TRUMP NAK HARAMKAN TIKTOK
BACA TRUMP NAK HARAMKAN TIKTOK
Disebabkan peperangan aplikasi ini, aplikasi media sosial yang lain seperti Instagram, Twitter, Facebook dan Snapchat sudah mula mengorak langkah untuk meniru kejayaan TikTok.
Snapchat yang merupakan aplikasi pertama memulakan budaya "filter", secara kebetulan baru sahaja berhasrat untuk melancarkan ciri-ciri baharu bagi penggunanya.
Ciri baharu itu sama dengan ciri utama TikTok, iaitu kebolehan menggunakan lagu berhak cipta untuk menghasilkan video berdurasi pendek.
BACA FAKTA TIKTOK DI SINI
BACA PERANG APLIKASI AMERIKA-CHINA
BACA FAKTA TIKTOK DI SINI
BACA PERANG APLIKASI AMERIKA-CHINA
Lapor Mashable SEA, syarikat yang berasal dari California itu sudah pun mengkaji ciri baharu itu di Australia dan New Zealand.
Snapchat berhasrat untuk meneruskan eksperimen mereka itu dan melancarkannya dalam beberapa bulan akan datang.
Snapchat dipercayai telah berurusan dengan Kumpulan Warner Music, Warner Chappell, Universal Music Publishing, NMPA, dan Merlin bagi lesen hak cipta muzik.
Apa akan berlaku kepada pengguna TikTok di AS?
Jika aplikasi itu diharamkan, sudah tentu kita akan kehilangan bakat-bakat dan selebriti TikTok seperti Charlie D'Amelio, Addison Rae, Zach King dan ramai lagi.
Malah, ramai warga TikTok sudah menyuruh peminat-peminatnya untuk mengikuti mereka di media sosial lain seperti YouTube dan Instagram.
Tetapi dengan keadaan sebegini, dan TikTok yang menjadi sebuah platform yang menjana pendapatan kepada beribu-ribu warga AS, tidak mungkin Trump akan membiarkannya diharamkan buat selama-lamanya.
Trump mungkin hanya menggunakan taktik ini untuk bermain politik untuk sekadar menunjukkan AS adalah kuasa besar nombor satu dunia dan bukan China.
Sebelum ini, Trump mendakwa bahawa TikTok yang mempunyai teknologi algorithma yang canggih, mampu mengumpul data peribadi pengguna, kemudian menghantar data itu kepada Beijing, jika diminta.
Perang dagang antara AS dan China semakin hangat sejak Trump menjadi presiden AS dan dijangka tidak akan tamat selagi Trump berada di tampuk pemerintahan.
China sudah pasti tidak akan mengalah dan akan membantu syarikat milik negara itu yang terkesan dengan ego Trump.