Isu gangguan bekalan air di negeri Selangor telah memberi kesan mental dan fikizal kepada berjuta-juta penduduk di sekitar negeri tersebut.
Rakyat sudah naik meluat dengan berita sumber air mentah di sungai Selangor yang tercemar secara "tiba-tiba", menyebabkan beberapa loji rawatan air utama terhenti tugas dan akhirnya menjejaskan bekalan air jutaan pengguna Air Selangor.
Namun baru-baru ini, trending mengenai gangguan air di Selangor dengan penemuan air di bulan? Apa kaitan masalah air di Lembah Klang dengan penemuan air di bulan?
Ia bermula apabila saintis dan pakar biologi molekul Amerika Syarikat (AS), Raven Baxter atau dikenali di Twitter sebagai Raven the Science Maven (@raventhesciencemaven) berkongsi mengenai penemuan terbaharu oleh NASA itu.
Respon yang diterima tidak dijangka apabila netizen, Adib Afdzal (@afdzal_adib) membalas ciapan itu dengan memuat turun gambar situasi gangguan air di Selangor.
Balasan itu menimbulkan perbualan antara Raven dan warganet Twitter di Malaysia, yang pasti membuat anda ketawa.
Raven turut membuat ciapan khusus kepada rakyat di Selangor yang bunyi seperti "Sedangkan kami menemui air di Bulan, ada lagi masalah yang tidak mampu diselesaikan di BUMI," kata Raven dalam ciapan itu yang merujuk kepada situasi di Malaysia.
Walapun ia sekadar jenaka, gangguan bekalan air akibat pencemaran adalah satu isu yang serius dan harus diselesaikan dengan segera.
Dalang disebalik pencemaran sumber air mentah sepatutnya mendapat hukuman setimpal, selain penguatkuasaan yang lebih ketat oleh pihak berkuasa terlibat.
Apa-apa pun, kami percaya Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dan kerajaannya sedang melakukan sedaya upaya untuk menangani isu itu.
Menurut beliau dalam satu Tweet, pencemaran di alur air Balakong, Kajang pada Rabu berjaya ditangani dengan segera apabila terdapat pencemaran yang berlaku.
Tindakan pantas Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah mengelak daripada penutupan loji rawatan air yang berkaitan. Tindakan seperti ini harus dipuji.
Katanya ia dicemarkan dengan sengaja, adakah ini satu unsur sabotaj? Sama-sama kita nantikan siasatan polis.